Pengikut

Senin, 24 Mei 2010

BUNGA RAFFLESIA BAHAYA UNTUK KESIHATAN


KUALA LUMPUR - Ujian klinikal ke atas tikus menunjukkan bahawa perubatan tradisional yang menggunakan bunga rafflesia boleh menyebabkan kesan serius ke atas hati dan limpa, dakwa seorang pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dr. Nazlina Ibrahim dari pusat pengajian Biosains dan Bioteknologi UKM berkata, penyelidikan pelajar sarjana, Khairunnadwa Jemon mendapati organ dalaman tikus putih yang telah melahirkan anak dan diberikan beberapa sebatian tunas rafflesia selama 14 hari telah menjadi kecil.

Katanya, perubatan tradisional menggunakan bunga itu biasanya diambil oleh wanita yang baru lepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan lelaki pula dikatakan untuk kekuatan seksual.