Pengikut

Jumat, 19 Februari 2010

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BILANGAN 3 TAHUN 2009-BAYARAN INSENTIF PEMBANTU PENGURUSAN MURID

Semua Ketua Jabatan/Bahagian
Semua Pengarah Pelajaran Negeri


Y. Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,


Ruj. Kami :KP(PP) 0137/44/ ( 15 )
Tarikh : 22 Sya’aban 1430H
13 Ogos 2009


SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BILANGAN 3 TAHUN 2009

BAYARAN INSENTIF PEMBANTU PENGURUSAN MURID YANG TERLIBAT DALAM PROGRAM PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



TUJUAN

1. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan keputusan kerajaan mengenai pemberian Bayaran Insentif Pembantu Pengurusan Murid (BIPPM) kepada Pembantu Pengurusan Murid (PPM) yang berkhidmat di Sekolahsekolah Pendidikan Khas dan yang terlibat dalam Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).



LATAR BELAKANG

2. Kerajaan telah mewujudkan skim perkhidmatan PPM melalui Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2003. Antara fungsi utama PPM adalah membantu
guru berkaitan hal ehwal murid sewaktu berada di dalam kelas. PPM juga
bertanggungjawab mengasuh murid-murid istimewa di asrama-asrama Sekolah Pendidikan Khas yang meliputi semua aspek kehidupan murid di luar bilik darjah, tugas-tugas membersih dan mengemas.

3. Kerajaan telah bersetuju melalui Ucapan Bajet 2009 untuk memberikan
BIPPM kepada PPM yang terlibat dalam Program Pendidikan Khas sebagai pengiktirafan dan galakan untuk terus berkhidmat dengan lebih gigih lagi demi untuk membantu golongan istimewa ini.



PELAKSANAAN

Syarat Kelayakan


4. PPM yang bertaraf lantikan tetap atau kontrak layak dibayar BIPPM.

5. BIPPM layak diberi kepada PPM yang menjalankan tugas secara langsung
dengan murid berkeperluan khas di asrama dan sekolah seperti berikut:

5.1 Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas dan Sekolah Menengah
Pendidikan Khas; dan


5.2 Sekolah-sekolah KPM yang terlibat dengan Program Pendidikan Khas
Integrasi.

6. Pembayaran BIPPM boleh terus dibayar semasa cuti penggal persekolahan
dengan syarat PPM masih berkhidmat dalam tempoh tersebut.

7. Pemberian BIPPM hendaklah diberhentikan kepada pegawai mengikut
tempoh cuti yang diambil oleh pegawai seperti berikut:

7.1 cuti tanpa gaji (termasuk cuti belajar tanpa gaji);
7.2 cuti separuh gaji (termasuk cuti belajar separuh gaji);
7.3 cuti rehat melebihi 28 hari berturut-turut;
2







7.4 cuti haji melebihi 28 hari berturut-turut;
7.5 cuti sakit melebihi 28 hari berturut-turut;
7.6 cuti bersalin melebihi 28 hari berturut-turut;
7.7 cuti tibi, kusta dan barah melebihi 28 hari berturut-turut;
7.8 cuti tanpa rekod melebihi 28 hari berturut-turut;
7.9 tidak hadir bertugas tanpa kebenaran;
7.10 kombinasi mana-mana keadaan di perenggan 7.1 hingga 7.9 di atas
yang jumlahnya melebihi 28 hari berturut-turut;
7.11 cuti belajar bergaji penuh kerana berkursus melebihi 92 hari; dan
7.12 menjalankan tugas rasmi selain daripada tugas hakiki sebagai PPM
atas arahan Ketua Jabatan untuk tempoh melebihi 92 hari.



KADAR

8. Kadar bayaran BIPPM adalah sebanyak RM200.00 sebulan.



TARIKH KUAT KUASA


9. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2009.



TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN

10. Ketua-ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan mengedarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini kepada Pusat Tanggungjawab (Sekolah PTJ/Pejabat Pelajaran Daerah/Bahagian) di bawah pentadbiran masing-masing supaya urusan pembayaran BIPPM ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur serta mematuhi peraturan kewangan semasa.
11. Ketua-ketua Jabatan adalah bertanggungjawab terhadap urusan kelulusan pembayaran serta pemberhentian elaun di atas.

12. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan semasa melaksanakan Surat
Pekeliling Perkhidmatan ini, Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan bolehlah merujuk
kepada Unit Saraan, Kemudahan dan Hubungan Kesatuan, Cawangan
Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran
Malaysia.



“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,





(KHALID BIN ABU BAKAR)
Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia

Ogos 2009


Salinan Kepada:

Ketua Setiausaha
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Timbalan Ketua Setiausaha
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
Semua Setiausaha Bahagian/Pengarah Bahagian
Setiausaha Sulit Kanan Kepada Y.B. Menteri Pelajaran
Setiausaha Sulit Kanan Kepada Y.B. Timbalan-Timbalan Menteri Pelajaran

Edaran Luar:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian Saraan,
Aras 5 - 6,
Bangunan MKN-Embassy Techzone,
Blok A, No. 3200, Jalan Teknokrat 2,
63000 CYBERJAYA.
4

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian Pembangunan Organisasi,
Aras 8 - 10, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 PUTRAJAYA.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan,
Kementerian Kewangan Malaysia,
Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan, Aras 3, Blok Selatan, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 5, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 PUTRAJAYA.
Akauntan Negara Malaysia,
Jabatan Akauntan Negara,
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan, No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 PUTRAJAYA.
Ketua Audit Negara,
Jabatan Audit Negara Malaysia,
Pejabat Ketua Audit Negara,
Aras 9, Blok D2, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62518 PUTRAJAYA.

Presiden,
Semua Kesatuan/Persatuan Perkhidmatan Perguruan Malaysia.
Presiden,
Semua Kesatuan Bukan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia.



“1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
5

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar